Jumaat, 29 Oktober 2010

Tanda-tanda nak jatuh cinta dengan seseorang

Dalam dunia ini semua orang inginkan pasangan hidup.Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit pandangan ada tak perasaan anda di luar sana yang sama dengan pandangan saya?Pernah tak mengalaminya?
1)Sebelum tidur asyik teringat si dia.
2)Tak sabar tunggu pagi esok nak tengok muka si dia.Si dia pun sama.
3)Termimpi-mimpi akan si dia.
4)Hati terasa rindu teramat sangat pada si dia.
5)Perasaan selalu berkata-kata tentang si dia.
6)Jerawat tiba-tiba muncul satu di muka(tapi kalau muka jerawat batu tu tolong abaikan).
7)Apa yang di pandang semua si dia,dinding,pinggan,almari terutamanya bantal peluk.
8)Kalau pergi kerja lambat seminit terasa rugi takut tak nampak muka si dia.
9)Marah kalau di halang ke tempat si dia berada.
10)Kalau si dia tak sms dalam sehari walaupun baru nak kenal perasaan menjadi risau dan bercelaru nak buat itu tak boleh nak buat ini tak boleh.
11)Tiba-tiba kalau dulu boros tentang berbelanja,tapi sekarang dah pandai menabung dengan semangat sekali.(untuk "standby" la tu).
12)Imej selekeh boleh menjadi bersih hanya kerana si dia.
13)Hari jadi si dia menjadi keutamaan.
14)Sentiasa ingin tahu latar belakang si dia.
15)Termenung sambil tersenyum seorang(bukan orang gila).Lalu kawan-kawan pun tersenyum juga.
16)kalau kredit handfon habis mengelabah,nanti tak jawab sms si dia, takut si dia ingat tak berminat pulak...!!
17)Dulu suka mengata-ngata orang bila orang bercinta,tapi sekarang tak lagi malahan ingin tahu pengalaman kawan-kawan yang pernah bercinta.
Itu saja untuk kali ini.Pesanan saya bercinta biar satu,berkawan biar seribu.Bumi kita ni bulat,jangan jadikan bumi kita jadi TIGA SEGI pulak ye kawan-kawan.Ingat tu.Pernah bercinta faham la maksud saya tu...!!!!

Tiada ulasan: